“Kecewa Hanya RM150 Dibayar Tamatkan Polisi Insuran Arwah Anak”  

  RSS

(@muhammadyazed)
Trusted Member Agent
Joined:11 months  ago
Posts: 90
16/08/2017 8:06 am  

Baca sini

Selasa haritu viral lagi kes lama ini di sebuah group facebook JDT.

Majoriti yang komen dalam itu adalah ex-pengguna insurans mahupun takaful yang meluahkan rasa ketidak puasan hati terhadap insurans/takaful.

Apabila ada agent yang memberitahu kes sebenar, masih ada yang tetap mengatakan insurans/takaful penipu.

*Sila baca betul-betul.*

Merujuk posting yang sedang viral berkenaan tuduhan takaful menipu tidak membayar tuntutan kematian anak seorang pemandu lori, hasil daripada semakan abg di polisi takaful beliau ialah

◘ *Tiada bayaran manfaat kematian untuk orang dilindungi* ◘

Manfaat yang dibayar untuk RM 48 tersebut abg senaraikan dan 

ringkaskan seperti berikut:

Nama pelan: *Takaful Child Protector Plan*

Jenis Plan: *Medical & Health Takaful*

_Ringkasan manfaat_ :

1. di bayar jika anak menghidap sakit kritikal - RM 20k

2. dibayar jika anan hilang upaya keseluruhan - RM 20k

3. Elaun bermalam di hospital - RM 100 sehari / ICU RM 300 sehari

*Ok yang no 4 ni baca betul-betul*

4. Manfaat kematian (anak kepada peserta/participant child) - Jumlah akaun individu peserta *DITOLAK* dengan apa-apa amaun tertunggak jika ada. Jumlah akaun individu ni adalah akaun yang selalu orang kata *"simpanan"*.

Maka, berdasarkan cerita yang telah diviralkan, CIMB AVIVA hanya membayar kembali ''cash value'' kerana *TIADA MANFAAT KEMATIAN* untuk anak beliau (person covered).

Jadi di mana telah berlaku penipuan?

Kat mana yang takaful telah tipu?

Bagaimana takaful hendak membayar manfaat yang tidak tertulis di dalam polisi takaful beliau ?

Maka tuduhan yang mengatakan takaful telah menipu adalah tidak benar sama sekali.

Dalam hal ni, kemungkinan peserta sendiri TIDAK MENGETAHUI manfaat yang telah dibayar dan merasakan amaun RM 48 yang dibayar COVER SEGALA-GALANYA.

Abg tak salahkan peserta tersebut kerana sebagai orang biasa yang bukan dalam bidang ini, mereka tak tahu apa-apa. Yang mereka tahu, dah bayar semua benda cover.

Sedangkan hakikatnya TIDAK semua dicover.

Apa yang dibayar segala-galanya termaktub dan tertulis JENIS MANFAAT dan JUMLAH MANFAATNYA di dalam polisi

Dalam kes ini, walaupun jelas kelihatan masyarakat punya sentimen bawaha penipuan tetap berlaku, dan sebab itulah kadar underinsured di Malaysia sangat tinggi.

Dengan Misleading, Misselling, agent yang kejar sales, agent yang tak terangkan dengan betul, BANCA takaful/insurans yang tak ceritakan hal sebenarproduk, prospek/client yang tak disclose betul-betul maklumat mereka terutamanya maklumat kesihatan.

Jadi disini, agent perlu agresif mendidik masyarakat berbanding menjual.

Propsek/bakal klien pula, perlu rajin dan agresif mencari maklumat agar bijak mengatur protection anda.

Klien sedia ada pula, semak semula polisi anda. Pastikan masih relevan perlindungan anda

 

 

j

 

Muhammad
VMC Membership Takaful Advisor
http://muhammadtakaful.wasap.my/


ReplyQuote
(@loqlaq)
Active Member
Joined:10 months  ago
Posts: 6
16/08/2017 8:35 am  

Ramai lagi ke ejen yg tak bertanggungjawab ni? Ingatkan sekarang dah ok dah. Yg saya jumpa sekarang ramai yg profesional. Tapi tak tau la sebab tak beli dengan diorang so tak ada pengalaman macam mana diorg handle pelanggan.


ReplyQuote
(@muhammadyazed)
Trusted Member Agent
Joined:11 months  ago
Posts: 90
16/08/2017 8:39 am  

Masih ramai lagi sebenarnya di luar sana.

Ini berlaku kepada agent BAHARU (dan juga ada agent lama) kerana leader masing-masing tak guide/beri latihan sewajarnya.

Perlu dimaklumkan, BALANCE SCORE CARD (BSC) akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2018 dan MALAYSIA menggunapakai 100% BSC daripada SINGAPURA yang dah 10 tahun lebih menggunakan sistem BSC.

BSC ni seperti report kad untuk agen.

Low marks = way to terminate.

Secara ringkas, sekiranya agent anda buat hal, anda report ke BNM, agent tu dah boleh packing barang dan bye2.

 

><"

Muhammad
VMC Membership Takaful Advisor
http://muhammadtakaful.wasap.my/


Bala1977 liked
ReplyQuote
(@bala1977)
Eminent Member
Joined:11 months  ago
Posts: 20
16/08/2017 12:41 pm  

Appreciate your honesty. And if BNM really enforces this BSC it sounds like we are moving in the right direction!

Be. Don't try to become. - Osho


ReplyQuote
(@muhammadyazed)
Trusted Member Agent
Joined:11 months  ago
Posts: 90
16/08/2017 12:47 pm  

I know most agencies in insurance/takaful in have their own uniqueness and different from another.

Maybe your agent(s) too did not want their clients know this BSC.

I disclosure this information for public to know how they can help their agent(s) to become more professional, and clients can help themselves too to understand well their coverage on policies.

In simple way, which agent(s) you feel comfortable and trust and understand, follow him/her and sign up with him/her.

Win-win situation 🙂

Muhammad
VMC Membership Takaful Advisor
http://muhammadtakaful.wasap.my/


Sze00 liked
ReplyQuote
Share:
  
Working

Please Login or Register