Forced savings?  

  RSS

(@muhammadyazed)
Trusted Member Agent
Joined: 2 years ago
Posts: 93
09/09/2017 11:11 pm  

Simpanan ialah apabila simpan RM100k maka dalam akaun tetap akan ada RM100k.

Manakala pelaburan RM100k belum tentu dalam akaun ada RM100k.

Ramai mengatakan ASBF ialah simpanan paksa tetapi sebenarnya ialah pelaburan paksa.

Apa juga jenis pelaburan sekali pun tetap ada risiko untung dan rugi.

Jadi ASBF bukanlah simpanan paksa (forced savings)

ASBF juga bukan keperluan. Ianya lebih kepada kehendak.

Muhammad
VMC Membership Takaful Advisor
http://vmcvip.wasap.my/


Quote
(@muhammadyazed)
Trusted Member Agent
Joined: 2 years ago
Posts: 93
09/09/2017 11:12 pm  
"ASB loan bukanlah satu bentuk simpanan tetapi pelaburan. Wang yang ada bayar bukanlah disimpan tetapi dilaburkan. Oleh itu, kena faham konsep pelaburan iaitu untung dan rugi. Bila mula melabur, anda sudah rugi dengan interest.
Betul, rekod dividen yang diberikan adalah cantik tetapi itu bukan bermaksud dividen akan datang juga cantik. Perlu ingat bahawa pinjaman ASB bergantung kepada kadar interest dengan bank dan juga kadar dividen dengan PNB.
 
Ini bermaksud, anda terpaksa mengharapkan dua bentuk kadar interest dan dividend ini menyebelahi anda pada masa yang sama. Perlu mengharapkan kadar interest tidak naik dan kadar dividend tidak turun. Apa akan jadi jika sebaliknya berlaku? Adakah anda boleh kawal bank dan PNB?
 
Dan jika terlepas beberapa bayaran kepada pihak bank, CCRIS juga akan buruk.
 
Jika anda bergaji rendah dan sederhana, anda mesti mengharapkan tiada kes kecemasan yang melibatkan kos tinggi berlaku dalam masa setahun supaya anda mampu membayar kepada bank.
Penting bagi seorang pelabur hartanah untuk menjaga CCRIS."
 

Muhammad
VMC Membership Takaful Advisor
http://vmcvip.wasap.my/


ReplyQuote
Share:
  
Working

Please Login or Register