ASB vs unit trust  

Page 1 / 2 Next
  RSS

 LiLi
(@lili)
Active Member
Joined:1 year  ago
Posts: 8
05/08/2017 4:46 pm  

I am investing in ASB (Amanah saham bumiputra). I'm wondering if that is better investment than unit trust.

Cause many years ago I met with a unit trust advisor. She was trying to sell me unit trust. But then she found out I am a bumi and I am investing in ASB then she said no need to invest in unit trust cause ASB is better.

Can someone advise? Thank you. <3

Lili is my name <3


ReplyQuote
(@matahari3)
Active Member
Joined:1 year  ago
Posts: 6
05/08/2017 5:14 pm  

Saya pun nak tahu 🙂


ReplyQuote
(@haniff-bahar)
New Member Agent
Joined:1 year  ago
Posts: 4
05/08/2017 11:58 pm  

Hai Lily dan matahari3,

Berkenaan perbezaan antara unit trust dan ASB. ASB juga merupakan salah satu pelaburan unit trust di Malaysia. Beza hanyalah dari segi pengurusan dan di mana wang kita dilaburkan dan juga dari segi caj pengurusan dan juga keuntungan.

Keuntungan pelaburan unit trust adalah sekitar 10% - 12% secara anggaran bagi dana unit trust patuh syariah. Ini tidak bermaksud setiap tahun pulangannya mesti 10 ke 12, ia boleh turun serendah 0.1% dan boleh melonjak sehingga 30% ke 40%, average untuk tempoh jangkamasa panjang adalah 10% ke 12%.

Jika Lily dan matahari3 mahukan pulangan pelaburan yang stabil untuk tempoh masa pendek, ASB adalah pilihan yang baik kerana dividen yang agak konsisten antara 6% ke 8% setahun tapi jika mahu buat pelaburan jangka panjang, saya cadangkan untuk melabur di unit trust lain dengan pulangan 10% ke 12%.

Pelaburan unit trust adalah untuk jangkamasa panjang, 3 ke 5 tahun adalah minimum.

Secara teori, kami menggunapakai kaedah atau Rule 72 (boleh Google Rule 72). Teori ini memberi indikasi berapa lama tempoh diperlukan untuk menggandakan jumlah pelaburan dengan konsep compounding.

Contoh: Anggaran keuntungan 12%.

72 / 12 = 6 

Maksudnya, pelaburan dengan anggaran dividen 12%, memerlukan tempoh 6 tahun untuk pelaburan berganda.

Contoh: Labur RM10,000, anggaran pulangan 12%, 6 tahun kemudian jumlah keseluruhan menjadi RM20,000.

Jadi, pelaburan unit trust membolehkan pelaburan kita jadi dua kali ganda dalam tempoh 6 ke 7 1/2 tahun.

Untuk maklumat lanjut boleh chat saya.


Haniff Bahar

0124603082 - Whatsapp

Financial Consultant - Eastspring Investment Berhad

Haniff Bahar
0124603082
Prudential BSN Takaful Berhad
Eastspring Investment Berhad


ReplyQuote
(@carsstalks)
New Member
Joined:1 year  ago
Posts: 1
06/08/2017 12:05 am  

Saya pun nak tahu


ReplyQuote
 LiLi
(@lili)
Active Member
Joined:1 year  ago
Posts: 8
06/08/2017 12:14 am  

Wah terima kasih En. Haniff. Menarik keterangan tu. Satu soalan boleh? Kalau nak melabur dalam unit trust perlu sekaligus labur semua ? Atau boleh tambah setiap bulan?

Lili is my name <3


ReplyQuote
(@haniff-bahar)
New Member Agent
Joined:1 year  ago
Posts: 4
06/08/2017 12:35 am  

Sama2 Lili..

Pelaburan unit trust ada beberapa opsyen.

  1. Lump Sum
  2. Regular Saving
  3. Pelaburan KWSP

Lump sum, minimum jumlah permulaan RM1,000.. Dan boleh tambah bila2 masa kita ada duit / rasa nak tambah pelaburan. Untuk topup pelaburan, setiap pengurus dana mempunyai set up amount yang berbeza. Boleh check dengan syarikat unit trust yang Lili nak labur.

Regular saving sama dengan lump sum, minimum permulaan RM1,000 dan setiap bulan buat potongan terus dari akaun minimum RM100. 

Pelaburan KWSP, boleh labur 30% dari baki simpanan asas Akaun 1. (Sila lihat attachment untuk jadual simpanan asas.)

Contoh: Umur 25, basic saving RM14,000, dalam KWSP Akaun 1 ada RM21,000.

(RM21,000-RM14,000) x 30% = RM2,100

Maksudnya, RM2,100 boleh dikeluarkan dari Akaun 1 untuk pelaburan unit trust.

Harap penjelasan ini dapat membantu Lili memahami serba sedikit mengenai unit trust.

Haniff Bahar
0124603082
Prudential BSN Takaful Berhad
Eastspring Investment Berhad


ReplyQuote
(@larita)
Active Member
Joined:1 year  ago
Posts: 13
06/08/2017 1:47 am  

*thumbs up* Good info! Learning something new everyday 🙂

Live fast, fly high, be free!


ReplyQuote
(@elin_ibanding)
Member Admin
Joined:1 year  ago
Posts: 33
07/08/2017 1:05 pm  

Terima kasih EN. Haniff atas keterangan yang cukup mendalam ! 🙂 🙂


ReplyQuote
(@haniff-bahar)
New Member Agent
Joined:1 year  ago
Posts: 4
08/08/2017 8:01 pm  

Sama2..

Kalau berminat nak mulakan investment Unit Trust, boleh contact saya.. Especially yang ada EPF..

Haniff Bahar
0124603082
Prudential BSN Takaful Berhad
Eastspring Investment Berhad


ReplyQuote
 LiLi
(@lili)
Active Member
Joined:1 year  ago
Posts: 8
09/08/2017 10:36 am  
Posted by: Haniff Bahar

Sama2 Lili..

Pelaburan unit trust ada beberapa opsyen.

  1. Lump Sum
  2. Regular Saving
  3. Pelaburan KWSP

Lump sum, minimum jumlah permulaan RM1,000.. Dan boleh tambah bila2 masa kita ada duit / rasa nak tambah pelaburan. Untuk topup pelaburan, setiap pengurus dana mempunyai set up amount yang berbeza. Boleh check dengan syarikat unit trust yang Lili nak labur.

Regular saving sama dengan lump sum, minimum permulaan RM1,000 dan setiap bulan buat potongan terus dari akaun minimum RM100. 

Pelaburan KWSP, boleh labur 30% dari baki simpanan asas Akaun 1. (Sila lihat attachment untuk jadual simpanan asas.)

Contoh: Umur 25, basic saving RM14,000, dalam KWSP Akaun 1 ada RM21,000.

(RM21,000-RM14,000) x 30% = RM2,100

Maksudnya, RM2,100 boleh dikeluarkan dari Akaun 1 untuk pelaburan unit trust.

Harap penjelasan ini dapat membantu Lili memahami serba sedikit mengenai unit trust.

En Haniff. Thank you banyak-banyak. Sangat membantu keterangan En. Haniff. Saya cuba digest semua yg en Haniff share ni. 

Satu soalan lagi. Setiap satu insurance company, sama ke benefit nya?

Lili is my name <3


ReplyQuote
(@haniff-bahar)
New Member Agent
Joined:1 year  ago
Posts: 4
10/08/2017 5:14 pm  

Hai Lili,

Berkenaan perbezaan benefit bagi pengendali2 insurans dan takaful di Malaysia, sudah pasti setiap satu pengendali produk akan ada beza dengan yang lain.

Sebelum tu, kita tengok perbezaan konsep insurans dan takaful.

Insurans: Konsep memindahkan risiko. Klien bayar kepada syarikat pengendali insurans, sekiranya berlaku sesuatu kepada klien, syarikat akan bayar pampasan.

Takaful: Konsep perkongsian dan derma. Klien menderma ke tabung Tabarru, syarikat hanya menguruskan sumbangan klien. Sekiranya berlaku sesuatu kepada seorang klien, wang sumbangan dari klien2 lain akan diberikan kepada klien yg memerlukan itu.

 

Produk Insurans dan Takaful.

Ada 2 jenis kategori produk iaitu tradisional dan produk berkaitan pelaburan.

 

Tradisional: Tempoh perlindungan fleksibel ada yang tetap, pembayaran perlu on time, lambat je polisi boleh lapse, murah, nilai tunai sedikit atau tiada pulangan setelah tempoh matang.

Produk Berkaitan Pelaburan: Tempoh fleksibel atau tetap, kalau payment delay selalunya maksimum 3 bulan polisi masih aktif, harga lebih tinggi dari pelan tradisional, ada cash value jika tutup polisi atau polisi matang, sesetengah polisi boleh withdraw duit.

Dari segi benefit, akan ada perbezaan. Bergantung kepada cara dana diuruskan. Ada jenis pelan yang tukarkan semua bayaran klien dalam bentuk unit dan semua kos insurans/takaful akan ditolak dari unit2 pelaburan, ada yang jenis partial investment, maksudnya sebahagian bayaran untuk cover perlindungan, sebahagian lagi dilaburkan.

Pelan berkaitan pelaburan selalunya ada pelbagai benefit, tidak semua benefit ini akan dimasukkan ke dalam pelan yang kita ambil, selalunya agent akan propose sesuatu pelan yang dia selalu promote ataupun yang ikut kemampuan klien, jarang agent nak tanya benefit mcm mana yg klien cari.. sebab ada benefit mcm elaun MC, bayaran setiap bulan kepada waris kalau klien meninggal, benefit khas wanita dan macam2 lagi tambahan manfaat yang jarang agent kongsi tapi kadang2 sebenarnya itu yg klien perlukan.

Dari segi jenis penyakit yang dilindungi juga mungkin berbeza bagi setiap syarikat walaupun guna klaus yang sama.. Contoh: 36 Penyakit Kritikal, senarai penyakit di syarikat A, mungkin sama dengan syarikat B, tapi syarikat C ada yg sama ada yg berbeza. Life Insurance Association Malaysia ada senarai2 penyakit kritikal tetapi bagi setiap benefit sakit kritikal, mereka benarkan untuk pilih 36 sahaja, sebab kalau x dihadkan, ada company akan letak semua list, polisi jadi mahal.. Ataupun ada company letak 36, ada company letak 40, so kita kata yg 40 ni lagi bagus padahal itu boleh jadi strategi marketing. Untuk elak benda ni, LIAM standardkan 36 sahaja tapi syarikat boleh pilih.. jadi setiap syarikat ni ada panel perubatan, ada doktor, ada org bahagian statistik, diorg kaji sakit mana yg slalu org kena, diorg pilih la, ataupun diorg boleh pilih sakit kritikal tapi yg jarang org kena, jadi x banyak claim dia, company untung.. its how the business model run..

Jadi untuk beli insurans atau takaful, consult dengan certified agent yang betul2 boleh bagi consultation dan bagi solusi yang betul. Ibaratnya seorang doktor A, pesakit datang cakap demam, terus bagi panadol, bandingkan dengan doktor B, pesakit demam dia check suhu badan, check tekanan darah, tanya kat mana lagi sakit, then baru bagi deskripsi ubat yang betul, mcm tu la certified consultant instead of insurans seller.

Ambil tahu dulu berkenaan sesuatu pelan yang Lili berminat nak ambil, jumpa dengan consultant dan discuss apa yg Lili perlu apa yg Lili cari. Tak salah bandingkan polisi tapi jangan ambil masa yang lama untuk compare, sakit dan mati x tunggu kita ambil insurans, setiap hari usia meningkat risiko meningkat, langkah terbaik, sign up dulu polisi dari salah satu company yg kita nak beli tu sebab kalau kita rasa x okey lepas compare tu, kita boleh pulangkan balik polisi dalam masa 15 hari dan wang dikembalikan.. Setidaknya jika berlaku kemalangan, musibah atau kematian, dah ada polisi yg hidup. Daripada nak compare satu2 tapi x ambil pun x guna.. To much analyze will make you paralyze.. ✌🏻

Harap perkongsian yang sedikit ni dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam berkenaan insurans dan takaful untuk semua. 

 

 

Haniff Bahar
0124603082
Prudential BSN Takaful Berhad
Eastspring Investment Berhad


ReplyQuote
(@ashraf)
New Member
Joined:1 year  ago
Posts: 2
12/09/2017 10:35 pm  

Yes, ASB (Amanah Saham Bumiputera) actually is a unit trust or unit amanah juga yang jenis harga tetap dari syarikat ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad). While yang selalu orang sebut 'unit trust' normally refers to unit amanah jenis harga berubah dari syarikat-syarikat lain seperti Public Mutual, CIMB dan sebagainya. Which to invest?

 

Opinion saya, invest in booth 🙂 So that portfolio aset kita lebih diversified. Saya biasa asingkan kepada 2, iaitu short term & long term, as berikut:

 

1. Short Term


- Contoh matlamat: emergency 3 month expenses, service / takaful kereta, zakat pendapatan, korban Raya Haji
- Contoh tempat: unit amanah harga tetap seperti ASB, harganya tidak berubah, so logically tiada risk amount berkurang, return jenis dividend & juga better dari normal bank account. Pilihan dari syarikat lain seperti AHB (Maybank) & Tabung Haji (pilihan saya) juga boleh, ciri-cirinya quite similar.

 

2. Long Term


- Contoh matlamat: retirement, education & wedding anak, haji umrah, downpayment property
- Contoh tempat: 'unit trust' or unit amanah harga berubah, harganya naik turun so return jenis kenaikan harga & logically ada risk amount berkurang. But with the right strategy, potential compound annual ROI lebih tinggi, so boleh achieve matlamat long term dengan lebih cepat


As said earlier, 'unit trust' ada pilihan dari pelbagai syarikat. As a consultant yang represent 25 syarikat unit trust 
seperti CIMB, Eastspring, Kenanga, Interpac dan lain-lain, boleh contact saya untuk consultation investment portfolio yang paling sesuai 🙂(y)

Unit Trust Consultant (FIMM 043-0-21288)
0174946654
One Solution Advisor PLT


ReplyQuote
 LiLi
(@lili)
Active Member
Joined:1 year  ago
Posts: 8
14/09/2017 10:16 pm  

Wah panjangnye penerangan. Terima kasih En Haniff dan Ashraff kerana sudi luang masa terangkan. Saya dah faham sekarang.

 

En Asraff, nak tanya, yg contoh diberi tu, ROI 14-17% tu contoh saja ke? Atau mmg tetap?

Lili is my name <3


ReplyQuote
(@ashraf)
New Member
Joined:1 year  ago
Posts: 2
14/09/2017 11:35 pm  

Tak tetap, bergantung kepada prestasi & strategi portfolio masing-masing, yang contoh itu portfolio saya sendirilah 🙂 Buat masa sekarang, portfolio allocation saya fokus kepada pasaran China, Asia Pacific & Malaysia.

Unit Trust Consultant (FIMM 043-0-21288)
0174946654
One Solution Advisor PLT


ReplyQuote
 LiLi
(@lili)
Active Member
Joined:1 year  ago
Posts: 8
15/09/2017 10:37 am  
Posted by: Ashraf

Tak tetap, bergantung kepada prestasi & strategi portfolio masing-masing, yang contoh itu portfolio saya sendirilah 🙂 Buat masa sekarang, portfolio allocation saya fokus kepada pasaran China, Asia Pacific & Malaysia.

OK faham. TK En. Ashraf 🙂

Lili is my name <3


ReplyQuote
Page 1 / 2 Next
Share:
  
Working

Please Login or Register