KENAPA KENA BELI MEDICAL CARD CEPAT-CEPAT?  

  RSS

(@akmal-borhanudin)
New Member Agent
Joined:1 year  ago
Posts: 2
04/01/2018 10:46 am  

Ini salah satu sebabnya. Penyakit seperti ovarian cyst, fibroid, batu karang dalam hempedu adalah penyakit senyap dan biasanya dikesan bila dah kritikal memerlukan rawatan segera, termasuk pembedahan.

Ingatkan perut buncit sebab gemuk kuat makan, rupanya ada ketumbuhan. Ingatkan sakit perut, sakit dada, rupanya ada batu karang dalam hempedu.

Bagi claim rawatan pembedahan seperti di atas, penyakit tu mesti WUJUD SELEPAS 120 HARI DARI TARIKH KELULUSAN MEDICAL CARD.

Kalau ketumbuhan tu baru kecik saiznya, kita boleh kata "baru kena" kat doktor. Tapi kalau ketumbuhan pun dah saiz penumbuk, takkan nak cakap baru kena?

Medical card ni, perlindungan bukan berdasarkan SEDAR ATAU TIDAK PENYAKIT TU. Tetapi berdasarkan laporan doktor dan anggaran kewujudan penyakit tu.

Kalau doktor cakap/tulis penyakit tu dah wujud sebelum tempoh menunggu 120 hari tu, minta maaflah memang tak boleh nak cover claim tu. Bukan sykt nak menipu ,tetapi itulah syarat kontrak dalam polisi

Jadi mohonlah medical card dengan segera. Jangan tangguh tangguh takut ada penyakit yang anda tak sedar dah wujud lama


ReplyQuote
Share:
  
Working

Please Login or Register