Insurance/Takaful O...
 

Insurance/Takaful Operator Does Not Make Money Through Claims  

  RSS

(@muhammadyazed)
Trusted Member Agent
Joined: 2 years ago
Posts: 93
08/09/2017 10:08 am  

Salam jumaah mubarakah.

Pagi ni rasa terpanggil menjawab persoalan seorang bro ni. (Rujuk gambar)

Beliau meluahkan kekecewaan dengan mengatakan produk medical kad yang murah telah spoilkan market beliau.

Kesian sangat...

Untuk makluman, setiap produk dikeluarkan yang dari syarikat takaful mestilah melalui bank negara.

BNM negara mengambil kita semua segi sebelum meluluskannya.

Dari segi 'feature', ciri-ciri serta keistimewaan kad tu adalah tambah nilai daripada syarikat supaya di mata masyarakat, setiap kad tu ada kelebihannya yang tersendiri.

Saya ingat dalam 4-5 tahun yang lepas ada satu company ni mengatakan kad mereka paling best, GL cepat lulus, tak pakai 3rd party, agent tiptop, murah, paling femes, satu dunia kenal...bla2..bla2 dan sebagainya.

Disebabkan kehebatan produk medical kad yg dikatakan hebat tu habis disailang sijil company lain.

"Tak payah ambil produk takaful ni bang, terminate je bang, takaful ni takde medical kad".

Hasilnya, ramailah yg masuk ke company mereka yg mereka claim no satu di planet pluto.

Sekarang ni, dah terbalik..pelan mereka antara yang termahal, maka keluarlah ayat kecewa seperti didalam screenshot.

Perlu diingatkan, medical card adalah produk yang membayar bil hospital, manfaatnya kepada hospital bukan kepada kocek peserta.

Kos perubatan adalah berkait terus dengan keadaan ekonomi dan teknologi semasa.

Atas sebab itu, kami di INFAQ Consultancy tidak pernah mengatakan caruman medical kad akan terus statik sepanjang hayat.

Ianya akan naik seiring usia, apabila caj tabaru' meningkat dan unit dalam akaun pelaburan tidak cukup untuk menampung caj tadi.

Apa yang kami cadangkan kepada pelanggan adalah mengikut keperluan coverage serta disesuaikan dengan kemampuan mereka.

Kalau ada produk lebih murah di pasaran, kenapa nak bayar lebih mahal?

Jadilah ejen yang niatnya ingin membantu ramai orang serta memberi nasihat kewangan yang terbaik.

Jika tidak, inilah kesannya apabila ejen hanya mengejar sales dan menjadi produk pusher semata2.

Nak tanya soalan lagi detail, boleh komen atau PM.

Rasa maklumat saya ni bermanfaat dan nak share, dipersilakan.

Mohd Shakir Abdul Ghafar

Ejen Cabuk

INFAQ Consultancy.

"Plan Your Wealth, Change Your Life".

Muhammad
VMC Membership Takaful Advisor
http://vmcvip.wasap.my/


Quote
Share:
  
Working

Please Login or Register