INSUFFICIENT FUND KESELURUHAN  

  RSS

(@akmal-borhanudin)
New Member Agent
Joined:6 months  ago
Posts: 2
12/12/2017 1:21 pm  

Insufficient fund bermaksud dana nilai tunai (Cash value) dalam polisi tak cukup untuk tambung caj takaful (caj tabaruk) pada bulan hadapan dan polisi berkemungkinan akan luput jika caj tabaruk ini gagal dibayar, walaupun anda sudah membayar polisi bertahun-tahun

Caj takaful (tabaruk) dalam polisi takafulink akan meningkat dari tahun ke tahun, walaupun carumannya tak berubah. Inilah caj yang biasanya tersembunyi dan ejen jarang ceritakan terutamanya kalau dia cerita "plan simpanan"

Insufficient fund keseluruhan diukur berdasarkan pulangan rendah (kerana itu anggaran pulangan paling teruk dapat) dan menguji selama mana polisi tersebut akan bertahan

APA YANG SAYA NAK BERITAHU DI SINI, akan TIBA SATU MASA di mana CAJ TAKAFUL (TABARUK) akan jadi lebih tinggi dari caruman yang anda bayar (kerana faktor umur) dan mula MEMAKAN NILAI TUNAI (cash value) dalam polisi, hingga semuanya menjadi 0 dan polisi akan luput.

Tahun di mana polisi dijangka luput pada anggaran pulangan rendah (Scenario 1 atau Scenario X), itulah tempoh insufficient fund secara keseluruhan. Walaupun tempoh polisi dinyatakan cover sampai umur 80 tahun atau 100 tahun, namun SEBENARNYA IA TAK AKAN SAMPAI TEMPOH TERSEBUT kerana caj takaful semakin mahal bila anda tua.


ReplyQuote
(@selinaibanding-com)
Member Admin
Joined:7 months  ago
Posts: 32
20/12/2017 10:15 am  

terima kasih En. Akmal kerana sudi berkongsi ilmu!  😊  😊  Pengguna perlu ambil perhatian perihal ni, penting ni!

 


ReplyQuote
  
Working

Please Login or Register